Pages

Wednesday, December 1, 2010

Pengenalan

BAGANG- iaitu sangkar atau tempat menangkap ikan bilis yang didirikan kira-kira 2-3km dari pinggir Laut China Selatan. Setelah ikan bilis ditangkap, ianya di basuh dan terus dimasak bersama garam di atas bagang tersebut.Selepas itu, ikan bilis yang telah dimasak dibawa pulang untuk proses seterusnya iaitu, Penjemuran. Ikan bilis tersebut dijemur di atas blacknet bagi mempercepatkan proses pengeringan berlaku di bawah pancaran matahari yang panas. Proses seterusnya adalah, Pengasingan iaitu bilis akan diasing mengikut gred. Gred no.1,gred no.2 dan bilis bulat. Bilis yang besar pula akan dikopek (buang kepala,perut dan tulang). Bilis yang dihasilkan oleh syarikat kami adalah dijamin kualitinya dari segi kesegaran, kebersihan dan menawarkan pada harga borong dengan minimum pembelian 100kg bagi setiap gred.




No comments: